Sunday, May 17, 2015

Perjalanan ke Sabah - Journey to Sabah

Mount Kinabalu
Wahhhhhh..... 
Mountain view area
Kami nak pegi jalan-jalan dowh. Pegi Sabah Negeri Di Bawah Bayu pulak kali ni.
Aku join je... (hihihi) disebabkan dah diberi tanggungjawab jadi planner untuk perjalanan kami ke sana. Yang sebenarnye family-family (ada 3 family semuanya) ni dah plan lama dah nk buat trip ke sabah ni. So, dipendekkkan cerita, trip selama 7 hari (30/4/15 - 6/5/2015) ni berlalu dengan penuh suka duka. Psssttt duka pun adooo...

30/4-1/5
Perjalanan bermula dari Bintulu ke Miri. Stay sehari kat Miri sebab gerak petang dari Bintulu (tunggu budak balik skolah ye..Skolah tu Penting!). Family kami mcm biasalah stay kat rumah family di Miri sebab nanti mesti ada orang Miri nak ikut sekali. (anak buah aku la tu..hehe) Family lain stay kat Eastwood.

1/5-2/5
Perjalanan diteruskan menuju ke PULAU LABUAN!! Yeeehaaaa!!!! Excited sebab aku memang tak pernah pegi sana. Kau Penah?? huhu.. Kami gerak awal pagi terus ke Jeti Menumbok. Sampai sana kami tinggalkan kete ambik speed boat. Harga sorang RM7.50. Kami ada seramai lebih kurang 22 orang termasuk budak dgn baby. Fuhhh.

      
Signboard kat Jeti Menumbok
Dah sampai kat Labuan disebabkan dah malam, nampaknya plan nk tido kat Palm Beach Resort tak jadi, so kami stay di Dorsett Labuan. Family yang lain kat hotel apa tah namanya tak ingat tapi kat bandar Labuan gak la.. Nasib baik ada kazen saya kat sana boleh la kami berjimba-jimba.

Pagi esoknya kami melawat sikit je kat Labuan. Dan perkara yang mesti adalah singgah di kedai coklat dan perfume yang duty free tu. Pastu kami nak gerak ke KK. Family kazen saya pun ikot. Makin ramai la kami..Seronok!

                           

2/5-3/5
Naik speed boat lagi...Malas nak tunggu feri yang kelajuannya laju sikit dari siput.hehe(Kesian kat budakkkk)..Sampai kat KK pun dah lewat petang. Terus pergi ke Marina Court. Sampai sana jumpa minah agent apartment, dia tak nak terima family kami urang ni. HANGIN JEEEE daripada Booking.com ye kawan2. Aku dah BLACKLIST dah North Borneo Paradise ni. 

         


Gamat Kering


Nasib baik kazen saya tadi ikut. Dorg yang tolong kami cari apartment yg harganya jauhhhh lebih murah (RM380) dari Marina Court dan lebih selesa. Esoknye kami jalan2. Tempat yg harus dituju adalah Pasar Pilipin, yang lain pegi Centre Point (sebelah apartment kami). Rambang mata tengok barang2 kraf kat pasar Pilipin. Bagi sesape yg terliur tu pergilah sendirik, feel it okey! Next is Kundasang! 

3/5-5/5
On the way tu kami singgah di One Borneo (1Borneo). Kami jalan-jalan cuci mata sambil melepaskan rasa lapar. Apalagi jom cek in kat The Chicken Rice SShop. Sesuai untuk family. Perjalanan diteruskan dan kami singgah di Rumah Terbalik. Tempat yang semestinya disinggahi. Nak masuk Tiket Harga RM10.60 dewasa dan RM5.30 kanak-kanak termasuk GST..Sume Naik pasal GST ni..Nak tau pasal Rumah Terbalik? Ianya adalah rumah terbalik kelima di bina di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara. Nak tau lebih lanjut pergilah sendirik. hehehe..

                
                                1Borneo                                                      My Little Model

Kami teruskan perjalanan petang tu drive to Kundasang. Wahhhhhhh sangat seronok tengok pemandangan sambil mendaki (kereta ye). Teringat kenangan naik Genting, Cameroon, Bukit Tinggi, Fraser Hill dulu-dulu..hehehe.. Hujan pulak lebat turun masa tu. One word >> SEJUK!! 

                
           Model Tuha
Kabus + Hujan

Pastu kami singgah sebentar kat Kinabalu Park (kat bawah tu je), kendian singgah kat Kaunter Jualan SINALAU BAKAS (Babi Panggang) hehehe. Beli apa yang patut ye dan tak ketinggalan beli TUHAU. Harganya RM10 satu. Yang menarik perhatian, sepanjang perjalanan banyak nampak signboard Methodist Churh. 


Pekan Kundasang menggamit kedatangan kami dengan angin pergunungan yang kuat... Close to Nature and Feeling Alive. Itulah rasanya. Dari pekan Kundasang kami dapat lihat resort kami iaitu Kinabalu Pine Resort. Satu malam kadarnye RM250. Semua Mountain View. Best tak terkata. Kami apa lagi berehat-rehat, ambik gambar, sembang-sembang. 






Besar tapak tangan, Gunung Kinabalu aku tadahkan


Esoknye 4/5, kami plan nak pergi tengok ikan sungai yang unik iaitu Tagal kat Sg. Moroli, Ranau. Wahhhhhhhh ikan-ikannye memang tak takut kat manusia. Besar-besar pulak tu. Tiket masuk RM5 sorang. Kalau nak mandi dengan ikan tu RM10 sorang. Geng kami sangat NAKAL sampai ikan-ikan tu taknak datang dekat sebab dorang nak tangkap ikan tu. Yang nak mandi terus bukak baju. Tak berbayor pulak tu, ish ish ish.... Gelinye bila ikan tu datang tenyeh-tenyeh muka dia kat kaki aku. hahahaha

               
      Aktiviti menangkap ikan (actually prohibited)                   Mandi dengan ikan

Selesai tengok ikan, kami pegi pulak Sabah Tea. Pastu terus pegi Poring Hot Spring, masuk RM1 sorang kecuali budak kecik. Jom la mandi apa lagi! Ramai nye orang kat kolam mandi. Kami tak nak mandi kat situ, so ada pilihan kami mandi kat air terjun yang dekat iaitu Air Terjun Kipungit (465m). Nak pergi Air Terjun Langanan(3525m) jauh sangat. Airnye sangat sejukkkkkkk...(air terjun kat kampung aku taklah sejuk mcm ni). Pas mandi kat Poring kami balik, singgah kat pekan Ranau carik makan. Dah mandi mesti lapar. Dah xde plan nk pegi memana sebab hari pun nak hujan. Petang tu ada yang pergi Pekan Kundasang beli barang makan. Kami ambik gambar la apalagi...

   


Kipungit Waterfall (465m)
5/5
Selesai kat Kinabalu Pine Resort, kami gerak nak balik. Tapi sebelum tu kami pergi kat ladang sapi yg ala-ala New Zealand tu. huhu.. Comel je tengok lembu-lembu hitam putih. Pas settle acara bergambar, kami teruskan perjalanan balik. Oh ya! kami pun ada singgah di Jambatan Tamparuli.. Ceritanya kalau nk carik kekasih, kat sinilah tempatnye. Mana taknye, jambatan tu pnjang jugak, mesti berselisih kalo lalu..huhu.. (ada-ada jeee)
Dalam perjalanan tu kami singgah beli kropok ikan, beli ikan masin, dan seharusnya beli PUSUK (ikan bilis) sebab murah ye, RM20 sekilo. Perjalanan diteruskan sampai la ke Limbang. Thanks to WAZE APPS sbb memudahkan perjalanan kami. hehehehe.....
Ladang Sapi
  



Kat Limbang stay kat Purnama Hotel. Melepaskan penat lelah kat sana, sebelum meneruskan perjalanan balik ke Bintulu keesokan harinya.. 

 Limbang Day                              Limbang Night

**psssttt: aku ni bukan suka sharing2 ni, tapi sbb ade org menggalakkan aku mengepost kat fb, istead of fb, baik aku post kat sini.huhu