Chai.L PhotoTrails

Tuesday, February 23, 2016

KAMPUNGKU

Kampung menyimpan pelbagai memori suka duka. Bermula dari pandai main keteng-teng sampailah main rondes, semuanya best-best belaka.

Tapi kini, kampungku mulai mengikuti arus pemodenan. Sedikit demi sedikit wajahnya mula berubah semakin cantik, menarik dan selesa...

Bersantai bersama budak kecil agak menyeronokkan.. Dua generasi berkongsi cerita dan pengalaman.. Pengalaman yang sangat berharga bagi aku kerana Aku adalah Anak Kampung!!

Sawah padi terbentang

KAMILAH PEMIMPIN GENERASI AKAN DATANG!

Matahari mula melabuhkan tirainya

Main sikit2 nanti basah boleh terjun terus!!

Generasi ke-2
The Apprentice

Friday, January 08, 2016

Langkawi - The Trip 3rd day (Part 2-Underwater World&Pantai Cenang)

Part 2 ni adalah sambungan dari Part 1 (3rd day).
Balik dari island hopping, kami pergi pulak ke Underwater World Langkawi..
Tiket masuk kami semua lebih kurang rm250 jugak. Nak tengok penguin katanye.huhuhu.. Banyak menatang pelik kek dalam sana. Kat dalam tu, ade lagi fotograper yg ‘tolong’ snapkan gambar kami. Hahaha... pas ambik gambar, tengok menatang pelik2, kami masuk ke satu bilik 3D di mana korang boleh rasakan penangan tsunami. Masuk berbayar gak, lebih kurang rm180 kami sume. Pastu kami dibekalkan dengan baju ujan. Ingat xbasah rupenye Memang basahh habis!! Geng pak arab kat depan kami tu abis tergelincir, basah kuyup.hahahaha.. Bayangkan keadaan yang sebenarnye!! Pas selesai kat situ, kami ambik gambar pastu beli gambar yg fotograper snap tadi. (geleng kepala) huhu..

   
Penguinnye comel kecik2..

   
   
Pelbagai spesis
Comel kan...
Ni lagi comellll
   
Nak pergi naik kapal..

Mayday! Mayday!!
Ko nak lawan aku ke?? Meh sini.. Aku bagi jurus Unta!!!
dulu beliau keje cabut gigi Dinosaur
     
aummmmmm
***********************************************************************************
Balik dari Underwater World, kami terus menuju ke pantai cenang dekat xjauh dari hotel kami. Xsah kalau xmandi ye.. kami main banana bot dan jetski. Banana boat 1 orang RM20 dan jetski RM120 per trip. Seronok siot naik banana bot pastu kene dijatuhkan pulak. Sakit belakang aku.hahaha...bapak aku pekena tea kat tepi pantai sambil jaga barang kami.huhuhu.. 

Tarikkk!!!
byeeeeeeeeeee

Kalau nak jetski pun ade. Harga berpatutan
terbanglah kau tinggi di awan
Lompatan penerjun negara
Menangguk ketam di tepi pantai
Momo dengan aksinya
Mangsa budak-budak

Pas mandi kat situ, kami jalan kaki ke hotel sambung lagi mandi kat swimming pool kat situ sampaila tutp kul 8.30mlm.hahaha. So exciting!! Seronok siot main gelongsor...terasa zaman kanak2 yang hebat!!hahaha... (prepare for next day - leaving Langkawi and going to Johor Bahru)
Lompatan Keseronokan mandi sehingga Sunset

Bye Langkawi!!! Panjang umur kita jumpa lagi.. How a wonderfull and exciting holiday you served...

Langkawi - The Trip 3rd day (Part 1-Island Hopping)

Harini kami bangun awal sebab nak pergi island hopping!! Kalao korang nak tau apa itu island hopping, (sila klik di sini). Sementara tunggu ejen call, kami jalan2 kat area pantai, tak jauh dari hotel. Check it out!
Pelbagai promosi dan pilihan aktiviti
Sementara tunggu nak pergi Island Hopping
Main bola kunun  
Kami bawak kete sendiri ke jeti sebab nanti balik xpayah tunggu2 van. Untuk island Hopping, kami order private boat RM250 untuk tour 4 jam tu. Sebelum naik bot, adela fotografer yg snap2 gambar kami. Sah! Sah! Confirm ni kene beli gambar lagi nanti.

Monyet lagiii...
Memula kami pergi ke pulau beras basah. Aku xnampak pun ade beras kat situ, agaknye dah basah semua..hehehe. Kami dibenarkan mandi selama 1 jam kat situ..bapak aku xde la mandi, dia tukang jaga barang2 kami takut2 kena tibai dengan monyet yg berkeliaran kat situ.
Satu-satunya tempat yang harus di'snap'
Bakal Penerjun Negara katanye...
Mandi-manda pakai topi...takut itam katanye..
Dah cukup sejam, kami dibawa tengok eagle feeding kat Pulau Singa Besar pulak. Tapi, masa kami sampai tu, helang tak banyak sangat. Adela dalam 4-5 ekor. Tapi, bolehla daripada takde. Patutla kat kampung aku xbyk helang, agaknye dorang semua dah berhijrah ke sini sebab kat sini, orang bg makan. Xpyh susah2 cari makanan. Haha ...
Helang
Kemudian last destinasi kami ialah Pulau Dayang Bunting. Kalau nak tau legenda mitos crita disebalik namanya, (sila klik di sini). Dalam perjalanan, pemandu bot akan berhentikan bot untuk kami semua dapat tengok pemandangan yg memg menakjubkan iaitu bukit bak perembuan bunting yg terbaring. 
Kelihatan bukit yang seperti perempuan bunting terbaring.. cantikkan..
Bendera tuuuu
From the boat view

Pas snap2, kami pun sampai ke pulau dayang bunting marble geoforest. Masuk dalam ade bayaran sebab dorang nak jaga kebersihan kawasan tasik. Jauh jugak masuk kedalam, boleh buat penat jugak. Turun naik tangga, barulah nampak tasiknye....memang menakjubkan dan mengangakan.

Si abang
memang banyak marble


View from the top
 
Kami dibenarkan mandi 1 jam kat situ. Mandi2 sampai terlajak jam. Nasib baik pemandu bot xtinggalkan kami.hahaha...

ready to jump
on the way balik kami nampak cruise ni..
Lunch
aku xnak tulis panjang-panjang, so, aku buat part 2 pulak ok...chowww!