Mount Kinabalu |
Kami nak pegi
jalan-jalan dowh. Pegi Sabah Negeri Di Bawah Bayu pulak kali ni.
Aku join je... (hihihi)
disebabkan dah diberi tanggungjawab jadi planner untuk perjalanan kami ke sana.
Yang sebenarnye family-family (ada 3 family semuanya) ni dah plan lama dah nk
buat trip ke sabah ni. So, dipendekkkan cerita, trip selama 7 hari (30/4/15 -
6/5/2015) ni berlalu dengan penuh suka duka. Psssttt duka pun adooo...
30/4-1/5
Perjalanan bermula dari
Bintulu ke Miri. Stay sehari kat Miri sebab gerak petang dari Bintulu (tunggu
budak balik skolah ye..Skolah tu Penting!). Family kami mcm biasalah stay kat
rumah family di Miri sebab nanti mesti ada orang Miri nak ikut sekali. (anak
buah aku la tu..hehe) Family lain stay kat Eastwood.
1/5-2/5
Perjalanan diteruskan
menuju ke PULAU LABUAN!! Yeeehaaaa!!!! Excited sebab aku memang tak pernah pegi
sana. Kau Penah?? huhu.. Kami gerak awal pagi terus ke Jeti Menumbok. Sampai
sana kami tinggalkan kete ambik speed boat. Harga sorang RM7.50. Kami ada
seramai lebih kurang 22 orang termasuk budak dgn baby. Fuhhh.
Signboard kat Jeti Menumbok |
Dah sampai kat Labuan
disebabkan dah malam, nampaknya plan nk tido kat Palm Beach Resort tak jadi, so
kami stay di Dorsett Labuan. Family yang lain kat hotel apa tah namanya tak
ingat tapi kat bandar Labuan gak la.. Nasib baik ada kazen saya kat sana boleh
la kami berjimba-jimba.
Pagi esoknya kami
melawat sikit je kat Labuan. Dan perkara yang mesti adalah singgah di kedai
coklat dan perfume yang duty free tu. Pastu kami nak gerak ke KK. Family kazen saya
pun ikot. Makin ramai la kami..Seronok!
2/5-3/5
Naik speed boat
lagi...Malas nak tunggu feri yang kelajuannya laju sikit dari siput.hehe(Kesian
kat budakkkk)..Sampai kat KK pun dah lewat petang. Terus pergi ke Marina Court.
Sampai sana jumpa minah agent apartment, dia tak nak terima family kami urang
ni. HANGIN JEEEE daripada Booking.com ye kawan2. Aku dah BLACKLIST dah North
Borneo Paradise ni.
Gamat Kering |
Nasib baik kazen saya
tadi ikut. Dorg yang tolong kami cari apartment yg harganya jauhhhh lebih murah
(RM380) dari Marina Court dan lebih selesa. Esoknye kami jalan2. Tempat yg
harus dituju adalah Pasar Pilipin, yang lain pegi Centre Point (sebelah
apartment kami). Rambang mata tengok barang2 kraf kat pasar Pilipin. Bagi
sesape yg terliur tu pergilah sendirik, feel it okey! Next is Kundasang!
3/5-5/5
On the way tu kami
singgah di One Borneo (1Borneo). Kami jalan-jalan cuci mata sambil melepaskan
rasa lapar. Apalagi jom cek in kat The Chicken Rice SShop. Sesuai untuk family.
Perjalanan diteruskan dan kami singgah di Rumah Terbalik. Tempat yang
semestinya disinggahi. Nak masuk Tiket Harga RM10.60 dewasa dan RM5.30
kanak-kanak termasuk GST..Sume Naik pasal GST ni..Nak tau pasal Rumah Terbalik?
Ianya adalah rumah terbalik kelima di bina di dunia dan yang pertama di Asia
Tenggara. Nak tau lebih lanjut pergilah sendirik. hehehe..
1Borneo My Little Model
Kami teruskan perjalanan
petang tu drive to Kundasang. Wahhhhhhh sangat seronok tengok pemandangan
sambil mendaki (kereta ye). Teringat kenangan naik Genting, Cameroon, Bukit
Tinggi, Fraser Hill dulu-dulu..hehehe.. Hujan pulak lebat turun masa tu. One
word >> SEJUK!!
Model Tuha |
Kabus + Hujan |
Pastu kami singgah
sebentar kat Kinabalu Park (kat bawah tu je), kendian singgah kat Kaunter
Jualan SINALAU BAKAS (Babi Panggang) hehehe. Beli apa yang patut ye dan tak
ketinggalan beli TUHAU. Harganya RM10 satu. Yang menarik perhatian, sepanjang perjalanan banyak nampak signboard Methodist Churh.
Pekan Kundasang menggamit
kedatangan kami dengan angin pergunungan yang kuat... Close to Nature and
Feeling Alive. Itulah rasanya. Dari pekan Kundasang kami dapat lihat resort
kami iaitu Kinabalu Pine Resort. Satu malam kadarnye RM250. Semua Mountain
View. Best tak terkata. Kami apa lagi berehat-rehat, ambik gambar,
sembang-sembang.
Besar tapak tangan, Gunung Kinabalu aku tadahkan |
Esoknye 4/5, kami plan
nak pergi tengok ikan sungai yang unik iaitu Tagal kat Sg. Moroli, Ranau.
Wahhhhhhhh ikan-ikannye memang tak takut kat manusia. Besar-besar pulak tu.
Tiket masuk RM5 sorang. Kalau nak mandi dengan ikan tu RM10 sorang. Geng kami
sangat NAKAL sampai ikan-ikan tu taknak datang dekat sebab dorang nak tangkap
ikan tu. Yang nak mandi terus bukak baju. Tak berbayor pulak tu, ish ish
ish.... Gelinye bila ikan tu datang tenyeh-tenyeh muka dia kat kaki aku.
hahahaha
Aktiviti menangkap ikan (actually prohibited) Mandi dengan ikan
Selesai tengok ikan, kami pegi pulak Sabah Tea. Pastu terus pegi Poring Hot Spring, masuk RM1 sorang kecuali budak kecik. Jom la mandi apa lagi! Ramai nye orang kat kolam mandi. Kami tak nak mandi kat situ, so ada pilihan kami mandi kat air terjun yang dekat iaitu Air Terjun Kipungit (465m). Nak pergi Air Terjun Langanan(3525m) jauh sangat. Airnye sangat sejukkkkkkk...(air terjun kat kampung aku taklah sejuk mcm ni). Pas mandi kat Poring kami balik, singgah kat pekan Ranau carik makan. Dah mandi mesti lapar. Dah xde plan nk pegi memana sebab hari pun nak hujan. Petang tu ada yang pergi Pekan Kundasang beli barang makan. Kami ambik gambar la apalagi...
Kipungit Waterfall (465m) |
5/5
Selesai kat Kinabalu
Pine Resort, kami gerak nak balik. Tapi sebelum tu kami pergi kat ladang sapi
yg ala-ala New Zealand tu. huhu.. Comel je tengok lembu-lembu hitam putih. Pas
settle acara bergambar, kami teruskan perjalanan balik. Oh ya! kami pun ada singgah di Jambatan Tamparuli.. Ceritanya kalau nk carik kekasih, kat sinilah tempatnye. Mana taknye, jambatan tu pnjang jugak, mesti berselisih kalo lalu..huhu.. (ada-ada jeee)
Dalam perjalanan tu
kami singgah beli kropok ikan, beli ikan masin, dan seharusnya beli PUSUK (ikan
bilis) sebab murah ye, RM20 sekilo. Perjalanan diteruskan sampai la ke Limbang.
Thanks to WAZE APPS sbb memudahkan perjalanan kami. hehehehe.....
Ladang Sapi |
Kat Limbang stay kat
Purnama Hotel. Melepaskan penat lelah kat sana, sebelum meneruskan perjalanan
balik ke Bintulu keesokan harinya..
Limbang Day Limbang Night