Friday, January 08, 2016

Langkawi - The Trip 3rd day (Part 1-Island Hopping)

Harini kami bangun awal sebab nak pergi island hopping!! Kalao korang nak tau apa itu island hopping, (sila klik di sini). Sementara tunggu ejen call, kami jalan2 kat area pantai, tak jauh dari hotel. Check it out!
Pelbagai promosi dan pilihan aktiviti
Sementara tunggu nak pergi Island Hopping
Main bola kunun  
Kami bawak kete sendiri ke jeti sebab nanti balik xpayah tunggu2 van. Untuk island Hopping, kami order private boat RM250 untuk tour 4 jam tu. Sebelum naik bot, adela fotografer yg snap2 gambar kami. Sah! Sah! Confirm ni kene beli gambar lagi nanti.

Monyet lagiii...
Memula kami pergi ke pulau beras basah. Aku xnampak pun ade beras kat situ, agaknye dah basah semua..hehehe. Kami dibenarkan mandi selama 1 jam kat situ..bapak aku xde la mandi, dia tukang jaga barang2 kami takut2 kena tibai dengan monyet yg berkeliaran kat situ.
Satu-satunya tempat yang harus di'snap'
Bakal Penerjun Negara katanye...
Mandi-manda pakai topi...takut itam katanye..
Dah cukup sejam, kami dibawa tengok eagle feeding kat Pulau Singa Besar pulak. Tapi, masa kami sampai tu, helang tak banyak sangat. Adela dalam 4-5 ekor. Tapi, bolehla daripada takde. Patutla kat kampung aku xbyk helang, agaknye dorang semua dah berhijrah ke sini sebab kat sini, orang bg makan. Xpyh susah2 cari makanan. Haha ...
Helang
Kemudian last destinasi kami ialah Pulau Dayang Bunting. Kalau nak tau legenda mitos crita disebalik namanya, (sila klik di sini). Dalam perjalanan, pemandu bot akan berhentikan bot untuk kami semua dapat tengok pemandangan yg memg menakjubkan iaitu bukit bak perembuan bunting yg terbaring. 
Kelihatan bukit yang seperti perempuan bunting terbaring.. cantikkan..
Bendera tuuuu
From the boat view

Pas snap2, kami pun sampai ke pulau dayang bunting marble geoforest. Masuk dalam ade bayaran sebab dorang nak jaga kebersihan kawasan tasik. Jauh jugak masuk kedalam, boleh buat penat jugak. Turun naik tangga, barulah nampak tasiknye....memang menakjubkan dan mengangakan.

Si abang
memang banyak marble


View from the top
 
Kami dibenarkan mandi 1 jam kat situ. Mandi2 sampai terlajak jam. Nasib baik pemandu bot xtinggalkan kami.hahaha...

ready to jump
on the way balik kami nampak cruise ni..
Lunch
aku xnak tulis panjang-panjang, so, aku buat part 2 pulak ok...chowww!

No comments:

Post a Comment